Jumaat, 15 Julai 2011

MARI BERPANTUN

Tinggi-tinggi kelapa di kebun,
Tinggi lagi citra temurun;
Tinggi budi budaya santun,
Tinggi jati tiri budaya berpantun

Masuk ke hutan mencari kayu,
Buah rambutan dipesan bapa;
Budaya berpantun tradisi Melayu
wajar dipertahan warisan bangsa



Walau tuan berkata nesta,
Roh di badan memegang santun;
Kalau tuan pencinta bahasa,
Ayuh riuhkan gelanggang pantun.

Jiwa melara gundah nestapa,
Hati meruntun bisa merengsa;
Tiada kata seindah bahasa,
Seni berpantun perkasa bangsa.
Guri di kebun dicurah gula,
Ayam serama melentik dada;
Mari berpantun mencurah rasa,
Menganyam kata secantik bahasa
.
Berkurun kita memperkata nusa,
Bertimbun kita meninta dosa;
Berpantun kita perkaya bahasa
Bersantun kita perkasa bangsa.
Rimbun pegaga di tanah rata,
Rimbun camelia semoga ceria;
Pantun perkaya khazanah kata,
Pantun perkaya budaya bangsa.
Mari menonton perarakan raksasa,
Mari menuntun basikal ke sana;
Mari bersantun tegakkan bangsa,
Mari berpantun tegakkan bahasa.
Harta bertimbun saudagar kaya,
Buat sayu apabila kerumun;
Hamba berpantun mebugar budaya,
adat Melayu bahasa bersantun.
Harta karun dijumpai serata,
Harta hiasan hanyalah sementara;
Budaya berpantun tradisi lama,
Budaya warisan khazanah bangsa
Mari tukarkan kerusi selesa,
Mari pagarkan meranti di kebun;
Mari segarkan jati diri bangsa,
Mari bugarkan tradisi berpantun.
Meruntun hiba berkahwin juga,
Si Dara berasmara di kebun cinta;
Berpantun kita bermain bahasa,
Minda geliga menyusun kata
.

Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA,
SMJK Choong Hua, 35500 Bidor,Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan