Jumaat, 15 Julai 2011

NASIB ANAK BANGSAKU

Di celah kehidupan ini
bernanah di dada bersarang meranum
kian tergelincir dan kecundang|
dari landasan budaya gemilang terbilang
terpercik paksi kebaratan

Entah kenapa rumpun anak bangsaku?
mudah terjebak
meresap tinta noda
meruap nilai harga diri yang luluh
menyimpang membahang menyiksa diri
menyongsang menggila mengejar si badut
menongkah arus gugusan budaya bangsa
memahat 1001 lakonan opera
mawar wangian berseri terlepas dari genggaman
terkulai obor budaya bertatah permata
menghiasai mewarnai menerangi
taman kehidupan rohani.

Entah bagaimana nasib generasiku?
sedang memanjat tembok budaya terjajah
menepis warisan zaman berzaman
biar putih tulang wajar dipertahan berkubu
ombak bergulung melandai bahtera merdeka
kian kusut berserabut hamparan Tanah Persada
bangkitlah berjuang
wahai anak bangsaku!

PAUZI MOHD ISA,
Bidor,Perak DR
22.1.2004 (Berita Harian)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan